13 April 2015

CIK PUAN SINDERELLA

Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang digelar Fifi oleh ibunya dan guru peribadinya,Cikgu Mona.Sejak umurnya 10 tahun,dia dikongkong di rumah.Dia tinggal bersama ibunya dan 2 orang pembantu rumah yang menjengkelkan.Selalu menyakat Fifi dengan nama panggilan yang tersendiri seperti Rosnah,Senah,Suzana dan lain-lain lagi nama kampung.

Kisahnya bermula dengan poster b-boy (hip hop) yang memperkenalkan kumpulan G-Pop.
Fifi terlalu teruja dan menyebabkan dia keluar dari rumah secara menumpang kereta Cikgu Mona secara senyap.

Sebelum ke tempat yang ingin ditujui,dia ke kedai sebarneka yang berdekatan dan membeli coklat dan aiskrim yang belum pernah dirasainya.Dia menikmati semua makanan yang dibelinya di kedai mamak.

Setelah tiba di tempat tersebut,dia mencari seorang lelaki yang bernama Bone.Bone juga telah memberikan Fifi nama gelaran "Budak Pelik".
Bone telah belanjanya makan burger yang belum pernah dirasai,membuatkan e-mail,akaun Facebook,dan memberikannya telefon untuk memudahkan mereka terus berhubung.

Tiba di rumah,Fifi dimarah oleh ibunya.Ibunya telah memasang CCTV.2 orang pembantu rumahnya berasa sedikit kecewa kerana pergerakan mereka akan sentiasa diawasi.
Lalu,Fifi mengadu masalahnya kepada Cikgu Mona.Dia juga bercadang untuk membuat aktiviti outdoor bersama Cikgu Mona.Mereka diberikan kebenaran dan bermulalah kisah Fifi yang dulunya bersendirian,kini dapat melihat dunia luar dan mengenali cara-cara untuk menari breakdance.

Satu hari,Cikgu Mona merasakan ada sesuatu perkara yang akan berlaku.Tetapi mereka meneruskan aktiviti seperti biasa.Semasa bersiap,Fifi tercicirkan telefon di dalam biliknya.Setelah mereka pergi,ibunya menyuruh pembantu rumahnya memeriksa bilik Fifi.
Mereka terjumpa poster G-Pop itu dan telefon yang tercicir tadi.

Ibunya telah ke tempat tersebut.Di rumah,Cikgu Mona telah dipecat.Ibunya memarahi Fifi sepuas-puasnya dan memberitahunya Fifi akan dikahwinkan oleh pilihan ibunya.Fifi memberitahu Bone melalui tab yang diberikan oleh Cikgu Mona.

Pada malam seterusnya,Fifi bertemu dengan bakal mertuanya.Anaknya,Anuar sebenarnya adalah Bone.Tanpa disangka-sangka mereka akan menjadi pasangan suami isteri.
Mereka berkahwin dan meneruskan pelajaran ke UK bersama-sama.

Pembantu rumahnya berasa sedih dengan pemergian Fifi.Mereka tidak dapat menyakat Fifi lagi.Walaupun mereka selalu membulinya,mereka juga sayangkan Fifi.
Cikgu Mona pula,telah pergi bercuti!


PELAKON:Ummi Nazeera,Airel Zafrel,Zarina Zainuddin,Nadia Aqilah,Fitri Hiswadi,Ruzana Ibrahim.

GIRLFRIEND AKU DARI NERAKA

Cerita yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Rudi mahukan seorang perempuan mempunyai lain darpada yang lain.Kemudian,dia menjalinkan hubungan dengan kekasihnya yang bernama Tasha.
Watak Tasha yang terlampau diva sehingga membuatkan dia tidak tahan dengan sikapnya yang terlalu mengambil semua rekod peribadi Rudi.

Rakan-rakannya membantunya setakat yang mampu tetapi tidak berhasil.

Kesudahannya,ibu Rudi telah membongkar segala rahsia yang disembunyikannya.Sebenarnya,Tasha ialah seorang pelakon teater.Ibunya menyuruh Tasha berlakon supaya menjadi gadis impian Rudi.

Akhirnya,mereka menjadi pasangan kekasih.


PELAKON:Aiman Hakim Ridza,Aida Jebat,Sharifah Sakinah,Aidit Sharifah Shahora.

7 April 2015

Luahan Hati

AKU SELALU TERSENYUM DI SEBALIK KESEDIHANKU
SELALU MEMBERI YANG TERBAIK BAGI MENGEMBIRAKAN DIRIKU

BELAJAR MENGENALI APA ITU ERTI SEBUAH KEHIDUPAN
ALANGKAH BAHAGIANYA JIKA IMPIANKU TERCAPAI

BERHARAP DIBERI LEBIH PERHATIAN
KASIH DAN SAYANG

BERDOA DIBERI KEBERKATAN HIDUP
SELALU MERASA KESUNYIAN

MENCARI PENAWAR BAGI MENGUBAT HATI YANG LUKA
MENCARI KEBAHAGIAN DISEBALIK KEDUKAAN

MENCAPAI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT
MENCARI JALAN KEREDHAAN

ANDAIKU PERGI DULU
AMPUNILAH SEGALA KESALAHANKU
REDHAKAN PEMERGIANKU

SEMOGA AKU TENANG DI SANA
SEMOGA AKU BAHAGIA DI SANA
AKU BERHARAP AGAR DIBERI PELUANG SEKALI LAGI UNTUK MENJADI SEORANG YANG LEBIH BAIK



*** NURUL ASYIKIN BINTI ZAMRI ***